Quantcast
Channel: Syarak Mengata , Adat Menurut
Viewing all 1201 articles
Browse latest View live

Jom Melabur, Jom Bantu

$
0
0



Asrama kian uzur

Melaka , 8 Okt 2015  -: Pengurusan Madrasah An Nuriah Ad Diniah di Sungai Udang, Tanjung Kling, di sini, yang juga antara sekolah agama persendirian di negeri itu meminta kerjasama orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membiayai pembinaan asrama pelajar perempuan yang semakin uzur.

Bangunan dua tingkat yang dibina menggunakan kayu sekitar tahun 1950-an digunakan sebagai asrama bagi menampung 50 pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun walaupun strukturnya dianggap sudah tidak selamat untuk diduduki.

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Madrasah An Nuriah Ad Diniah Mohd Herwan Mohd Khalil berkata, atas faktor keselamatan, pelajar perempuan terbabit dipindahkan ke blok pengajian madrasah itu yang dijadikan sebagai asrama sementara, minggu lalu.

“Jika dana sudah cukup, kami jangka bangunan asrama baru akan siap sepenuhnya dalam tempoh empat bulan saja. Kos keseluruhan pembinaan asrama baru itu dijangka menelan belanja RM250,000.

“Asrama sedia ada akan dirobohkan bagi membolehkan bangunan baru dibina di atas tapak sama. Kami berharap orang ramai sudi menghulurkan wakaf, sumbangan, derma atau infaq bagi membiayai kos pembinaannya nanti,” katanya.

Madrasah itu diasaskan oleh ulama terkenal di negeri itu, Abdul Wahid Othman atau lebih dikenali dengan nama Tuan Guru Haji Wahid pada 1940.

Daripada keseluruhan 180 pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah mengikuti pengajian di situ, termasuk yang berulang-alik dari rumah, 10 adalah anak yatim manakala 20 lagi daripada keluarga miskin.

Proses pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan manakala hal ehwal pentadbiran pula dikendalikan lima kakitangan pengurusan.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Herwan di talian 013-6440709 atau pejabat madrasah 06-3519807.

(Kemaskini : Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank , no akaun 154101211713 , atas nama Lembaga Pengurusan Madrasah Annuriah Addiniah)



Mari kita sama-sama bantu keluarga ini

$
0
0
Puan Siti dari Pasir Mas, Kelantan telah menghubungi saya pada Sabtu, 10 Oktober 2015 jam 10.29 pagi. Kisah kesusahan keluarga ini telah pun keluar di akhbar pada bulan Ogos yang lalu katanya. Namun hingga kini tiada bantuan dari pihak agensi berkaitan yang diterima walaupun mereka ada datang mengmbil butiran, sementara suaminya yang OKU (cacat kekal betis kiri bengkok) akibat kemalangan belum mendapat kad OKU katanya. Tak apalah, mungkin banyak permohonan sedang diproses sekarang ini, tambahan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya pasca banjir.

Saya cuma minta tolong sesiapa dapat hubungi pihak sekolah dan tadika untuk saya sampaikan duit amanah orang untuk jelaskan yuran sekolah dan yuran tadika yang tertunggak.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, nama pelajar Nur Elya Elyana, kelas 1 Ali, yuran tertunggak RM41. Nama Tadika ialah Tadika KEMAS Nur Iman B Tendong, nama pelajar Muhammad Putra Syazlan bin Muhammad Azman , yuran tertunggak RM40 (RM10 X 4 bulan). Mohon pihak berkenaan hubungi saya 0122267406 (Rozmal) untuk saya jelaskan yuran tersebut.

Disamping itu Puan Siti memohon kalau sesiapa dapat bantu menjelaskan bayaran bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM301.45, no akaun bil elektrik dilampirkan.

Sewa rumah tertunggak setakat ini katanya RM400 (RM200 X 2 bulan).

Puan Siti juga mengalu-alukan bantuan sumbangan makanan kepada mereka yang ingin membantu.

Mereka yang ingin membantu boleh hubungi terus keluarga ini, Puan Siti Raabiatul Adariah 0179669937 beralamat di Lot 1/1323, Kampung Gaung Tendong, 17000 Pasir Mas, Kelantan





Sumbangan rehal diperlukan untuk program mengaji percuma

$
0
0

Satu program mengaji secara percuma untuk golongan miskin sedang berjalan di Surau Al-Hira’, Blok G3, PPR (Projek Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang di Taman Jasmin.

Program mengaji ini adalah percuma dengan pembiayaan serta sumbangan para dermawan.

Pada ketika ini terdapat 50 orang pelajar.

Kelas ini kekurangan rehal sebanyak 20 unit. Anggaran harga satu unit rehal ialah RM45.

Mereka yang ingin menyumbang rehal bolehlah menghubungi terus Ustaz Fadhli bin Muhamad dari Pondok Ngaji Usrah Sakinah di talian 011-27207079 atau hubungi saya 0122267406 (Rozmal bin Malakan)

11 Okt 2015

Rayuan Sumbangan Untuk Madrasah An Nuriah Ad Diniah

$
0
0
Madrasah An Nuriah Ad Diniah di Sungai Udang, Melaka amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membiayai pembinaan asrama pelajar perempuan yang semakin uzur. Bangunan dua tingkat yang dibina menggunakan kayu sekitar tahun 1950-an digunakan sebagai asrama bagi menampung 50 pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun, sudah tidak selamat untuk diduduki.

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Madrasah An Nuriah Ad Diniah Mohd Herwan Mohd Khalil berkata, atas faktor keselamatan, pelajar perempuan terbabit dipindahkan ke blok pengajian madrasah itu yang dijadikan sebagai asrama sementara.

“Jika dana sudah cukup, kami jangka bangunan asrama baru akan siap sepenuhnya dalam tempoh empat bulan saja. Kos keseluruhan pembinaan asrama baru itu dijangka menelan belanja RM250,000. ”

Maklumat yang saya terima pada 11 Oktober 2015, kerja perobohan sudah pun bermula. Jumlah sumbangan terkumpul setakat ini cuma RM150,000 , madrasah ini memerlukan lagi RM100,00.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Herwan di talian 013-6440709 atau pejabat madrasah 06-3519807.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank , no akaun 154101211713 , atas nama Lembaga Pengurusan Madrasah Annuriah Addiniah.





Kesusahan tersiar di akhbar, tapi tidak ramai yang membantu

$
0
0




Sudah 2 kes mereka yang memerlukan bantuan tersiar di akhbar tapi tindakbalas dari masyarakat adalah agak mengecewakan. Satu di selatan tanahair, satu di pantai timur. Kenapa? Adakah kerana apabila kisah kesusahan hidup mereka tersiar di akhbar, masyarakat beranggapan bahawa akan ada agensi kerajaan, hartawan, dermawan yang akan turun membantu?

Apa salahnya apabila tersiar sesuatu berita mereka yang memerlukan itu kita yang berhampiran bertanya khabar selang beberapa hari, minggu dan bulan.

Jangan terperanjat ada kes, tiada tindakan langsung. Bahkan mungkin lebih teruk sebelum tersiar dalam akhbar.

Prihatinlah.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dua keluarga ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437

Prihatinlah mereka yang ingin belajar mengaji Quran tapi tak mampu

$
0
0



Apabila saya menyiarkan kisah Ustaz Fadhli yang menyediakan program mengaji percuma untuk golongan kurang berkemampuan di PPR Senawang, saya mendapat respon daripada seorang pembaca FB yang begitu teruja jika sekiranya program serupa dapat diadakan di penempatan golongan berkemampuan di tempat beliau, sebuah negeri di selatan tanahair.

Katanya dia tidak mampu lagi menghantar anaknya mengaji dengan yuran RM150 sebulan. Malahan dia sendiri beringin sangat untuk belajar mengaji kerana tidak berkesempatan belajar semasa kecil dulu.

Saya menyeru dan merayu agar masyarakat sekeliling lebih prihatin akan program pengajian Al Quran dan agama di kawasan golongan kurang berkemampuan. Beri sokongan sepenuhnya dengan kita menaja guru, Al Quran, kitab, rehal dan sebagainya.

Masjid-masjid yang elit, yang banyak dana, yang tabungannya kukuh mungkin perlu lebih banyak memberi sokongan kepada surau-surau dalam kariahnya, lebih-lebih lagi surau-surau di kawasan perumahan rakyat.

Bersama kita membentuk generasi tua dan muda yang cinta dan celik Al Quran.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437

Wakaf Kamus Bahasa Arab

$
0
0
Program Wakaf Kamus Bahasa Arab ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.

Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja sudah termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Malaysia yang dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.

Pihak kami juga akan membuka gerai semasa Himpunan Fastaqim – H60K di Kota Bharu, Kelantan pada 16 dan 17 Oktober 2015. Para pengunjung boleh mendapatkan kamus ini pada hari tersebut pada harga promosi iaitu hanya RM35 senaskhah di GERAI NO C7 – H60K.

Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408 whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (tel/sms/whatsapp).





Kadar Tol Seremban-Kajang Naik

$
0
0



Bermula 15 Oktober 2015 berikut ialah kadar baru tol LEKAS ;
- Dari Kajang Selatan ke Semenyih RM1.30 (naik 20 sen saja)
- Dari Kajang Selatan ke Pajam RM3.40 (naik 60 sen saja)
- Dari Kajang Selatan ke Mantin RM4.80 (naik 80 sen saja)
- Dari Kajang Selatan ke Setul RM6 (naik RM1.10 saja)

**************************
Kajang-Seremban Highway (LEKAS) toll rates to be increased on October 15 – up by 20 sen to RM1.10

Yet another toll hike announcement, coming after that for Maju Expressway, SMART Tunnel, DUKE Highway, Karak Expressway, LATAR Expressway, Kajang SILK Highway, Guthrie Corridor Expressway, Besraya Expressway, AKLEH Highway and the New Pantai Expressway (NPE), with the Kajang-Seremban Highway (LEKAS) joining the list.

Highway concessionaire Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd has announced new toll rates for exits along the 44.3 km-long highway. The new toll rates for Class 1 travel, on a journey beginning from the Kajang Selatan toll plaza, are as follows: RM1.30 (exiting at Semenyih toll plaza), RM3.40 (exiting at Pajam toll plaza), RM4.80 (exiting at the Mantin toll plaza) and RM6 (exiting at the Setul toll plaza).

The new rates come into effect on October 15, and replace the current toll charges, which for the same route are now RM1.10 for Semenyih (making for a 20 sen increase), RM2.80 for Pajam (a 60 sen increase), RM4 for Mantin (an 80 sen increase) and RM4.90 for Setul (up by RM1.10).

The E21, which was completed in 2009, connects Kuala Lumpur via its eastern sector to Seremban, and operates on a closed toll collection system between Kajang and Setul.


Pesara tentera kecewa tak dapat pencen

$
0
0


Di mana silapnya? JPA? JHEV? MINDEF? PAT? Menteri? Saya sendiri akan “follow up” case ini jika tiada jawapan dalam masa terdekat, itu apa yang arwah ayah saya akan lakukan.

Pesara tentera kecewa tak dapat pencen
16 Oktober 2015

KUALA PILAH - Seorang warga emas di Kampung Ulu Gentam, di sini meluahkan rasa kecewa apabila sehingga ke hari ini dia gagal menerima wang pencen setelah berkhidmat selama 21 tahun sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Sulaiman Piei, 81, dia layak menerima pencen seperti mana syarat kelayakan pencen dari ATM.

"Selama 35 tahun pakcik perjuangkan hak pakcik, namun sehingga kini masalah pakcik tidak didengari. Takkan nak tunggu pakcik 'pergi' dulu, baru dapat pencen," katanya.

Kata Sulaiman, dia mula berkhidmat dalam Tentera British pada 23 November 1951 dan tamat perkhidmatan pada 22 November 1958 dengan menggunakan nombor perkhidmatan MYA 18105515.

"Kemudian pakcik dikerah berkhidmat sepenuh masa mulai 29 Ogos 1964 dan menamatkan perkhidmatan pada 20 Mac 1979. Pasukan terakhir adalah 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan menyandang pangkat Sarjan (SJN).

"Kesemua bukti masih ada dalam simpanan pakcik. Tuntutan pakcik bukan omong kosong tetapi berpandukan Sijil Berhenti Tentera British yang ditandatangani pada 29 Jun 1979 dan Sijil Berhenti Pasukan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Rekod dan Pencen pada 23 Mei 1979," katanya.

Malah, menurut Sulaiman, jumlah perkhidmatannya turut diperakui oleh Rejiman 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah melalui surat bertarikh 12 Febuari 2015.

Lebih terkilan, katanya, apabila rakan seperjuangannya yang sama-sama berkhidmat telah mendapat pencen sedangkan dirinya dipinggirkan.

"Sia-sia selama ini pakcik perjuangkan hak pakcik dan kerana itu, pakcik sendiri pergi ke Jabatan arah Rekod dan Pencen (JRP) di Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan perkembangan pada 7 Mei 2015.

"Namun jawapannya mengecewakan. Mereka suruh pakcik pulang, berehat dan mereka akan hubungi pakcik dalam masa terdekat. Kini sudah masuk Oktober. Terlalu lama untuk proses dokumentasi dari JRP," katanya.

Program Waqaf Bulanan dan Keluarga Angkat Madrasah Tahfiz As Salihin

$
0
0


Madrasah Tahfiz As Salihin di Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban memberi peluang kepada orang ramai menyertai Program Waqaf Bulanan dan Keluarga Angkat. Kebanyakan pelajar di madrasah ini datang dari keluarga susah, anak-anak yatim serta anak-anak yatim piatu.

Pengajian, penginapan serta makan minum disediakan secara percuma hasil sumbangan orang ramai. Kini terdapat seramai 36 orang pelajar di madrasah ini.

Wakaf atau sumbangan bulanan yang ditawarkan ialah minima RM30 untuk setiap orang pelajar.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Salleh bin Hamid 0102207865 atau disalurkan ke akaun Maybank 555014210761 atas nama MAAHAD TAHFIZ AS SALIHIN

Madrasah ini juga mengalu-alukan sumbangan makanan kering seperti beras, minyak masak dan sebagainya.





Diserang penyamun depan rumah di Taman Warisan Puteri

$
0
0
Diserang penyamun depan rumah di Taman Warisan Puteri
17 Oktober 2015



SEREMBAN - Barang kemas hadiah perkahwinan sejak 30 tahun lalu merupakan antara barang yang dilarikan penjenayah dalam kejadian samun di Precint 9, Taman Warisan Puteri, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa kerugian lebih RM30,000 dalam kejadian samun berkenaan.

Pasangan suami isteri bersama anak buahnya itu disamun sebaik tiba di rumah selepas melawat ahli keluarga yang sakit di sebuah hospital swasta, di sini.

Mangsa, Aini Abu Bakar, 56, berkata, ketika kejadian, dia dan anak buahnya, Rosmawati Ahmad, 46, menaiki kereta jenis Toyota Unser, manakala suaminya, Ramli Mohd Yusof, 60, memandu kereta jenis Perodua Myvi.

“Sebaik tiba di rumah, kami letakkan kereta di laman rumah. Suami saya pula meletakkan keretanya di luar pagar.

“Secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan bertopi keledar penuh menyerang kami dan mengacukan parang di leher,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai warga tempatan dan berusia lingkungan 20-an itu mengarahkan mereka menyerahkan barang berharga.

“Penjenayah pertama menahan suami saya di luar dengan memecahkan cermin kereta dan mengacu parang di leher. Penjenayah itu turut merampas telefon bimbit, dompet dan kunci kereta.

“Manakala penjenayah kedua menyerang saya dan Rosmawati dengan meletakkan parang di bahagian leher. Rantai leher dan gelang tangan kami ditarik dengan kuat dan beg tangan saya turut dibawa lari,” katanya ketika ditemui di rumah anak buahnya itu, semalam.

Aini berkata, kejadian berlaku amat pantas dan penjenayah terbabit terus melarikan diri selepas mengambil barang berharga.

“Saya kerugian seutas rantai leher dan gelang tangan emas bernilai lebih RM15,000 dan beg tangan yang mengandungi duit bernilai RM250 serta dokumen peribadi.

“Anak buah saya pula kerugian dua utas rantai leher dan gelang tangan bernilai lebih RM15,000,”katanya.

Dia sekeluarga bagaimanapun bersyukur kerana tidak dicederakan dan hanya mengalami kerugian wang tunai dan barang kemas sahaja.

“Barang kemas makcik sangat berharga kerana ini hadiah perkahwinan yang makcik simpan sejak 30 tahun lalu. Yang penting kami sekeluarga selamat.

“Mujur penjenayah itu tak masuk ke dalam rumah kerana kakak makcik berada di dalam dan dia tidak sihat,” katanya.

Aini bagaimanapun melahirkan rasa kecewa kerana taman perumahan itu kerap berlaku kejadian samun dan rompak meskipun mempunyai pengawal keselamatan.

“Kami bayar RM50 setiap bulan kepada syarikat keselamatan. Rumah kami hanya 100 meter sahaja dari pondok keselamatan.

“Apa gunanya makcik bayar setiap bulan tetapi keselamatan kami tetap terancam apabila orang luar boleh masuk sesuka hati,” katanya.

Pemuda OKU, mualaf lagi, sanggup bersusah ke masjid. Kita?

$
0
0

Malam tadi 17 Okt 2015 ada Forum Maal Hijrah di Masjid Taman Marida, Senawang, ahli panelnya Dr Yusri dari Jabatan Mufti dan Ustaz Khairil Anwar Wafa. Yang menyentuh hati saya ialah melihatkan seorang pemuda seorang diri naik kerusi roda dari Flat Senawang ke masjid. Sampai di pintu masjid mengensot masuk masjid.

Lepas habis forum saya tanya dia. Nama dia Firdaus, belajar di KUIS bidang Sumber Manusia. Sedang cuti 2 bulan dan sedang cari kerja kalau ada yang sudi terima.

Setelah saya buat carian, namanya Nur Firdaus Toh Abdullah. Seorang mualaf. Agak terkejut dan memberi semangat apabila baca kisah hidup beliau. Pernah masuk Pencetus Ummah PU 2.

Seorang OKU, mualaf, sanggup ke masjid, mengensot, kita yang sihat, lahir Islam, apa alasan tidak atau jarang ke masjid?

Mereka yang ingin menawarkan kerja sementara untuk Firdaus boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Kos merawat yang semakin mahal, semakin susah untuk yang kurang berkemampuan

$
0
0

Hari ini 18 Okt 2015 berkesempatan untuk menghantar tongkat siku, bandage dan ubat kuning kepada seseorang yang memerlukan. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan, saya hanya menyampaikan.

Mereka yang merawat luka sendiri selepas discaj dari hospital perlu membeli bandage dan ubat kuning bila yang dibekalkan habis.

Bandage katanya semakin mahal sampai RM9, ubat kuning pun setengah tempat sampai RM7.

Semua perubatan ini kena GST.

Kepada sesiapa yang ada lebih lebih bandage dan ubat kuning yang belum digunakan boleh tolong simpan dan maklum kepada saya 0122267406 (Rozmal) jika ingin memberi kepada mereka yang memerlukan.

Orang susah, bantu orang susah

$
0
0

Ada orang kampung berniaga kecil-kecilan burger dan hot dog di Rembau. Di Kundur, Rembau ada sebuah rumah anak yatim yang agak terpencil.

Bagaimana nak bantu peniaga burger, rumah anak yatim dan penderma serentak.

Saya cari penderma, tempah hot dog pada peniaga, dan minta tolong dia hantarkan ke rumah anak yatim tersebut.

Kepada mereka yang ingin menyumbang dengan cara mudah ini dengan kos hanya RM2 hot dog siap roti atau mini hot dog untuk disalurkan ke rumah anak yatim, pelajar miskin dan sebagainya, sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Kursus Percuma untuk yang kurang berkemampuan tapi amat berminat

$
0
0

Kepada mereka yang amat berminat untuk hadir program ini tetapi kurang berkemampuan dan perlukan penajaan sila daftar dengan pihak urusetia sebelum 24 Oktober 2015. Penajaan terhad kepada 10 orang peserta sahaja yang tidak berkemampuan dan yang daftar awal.

Kepada mereka yang ingin menaja peserta yang kurang berkemampuan ini sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Warga emas OKU perlukan lampin pakai buang

$
0
0



Saya dihubungi oleh seseorang yang tidak saya kenali sebelum ini dari Kuala Kangsar, Perak. Dia menjaga saudara kandungnya, seorang warga emas yang OKU yang hanya mampu berbaring. Memerlukan bantuan untuk membeli lampin pakai buang dewasa. Warga emas ini ada mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM300, namun ianya tidak cukup untuk menampung keperluan lain seperti ubat, makan, minum  dan sebagainya.

Saya tanya adakah Baitul Mal atau Pusat Zakat bantu? Katanya kalau dapat JKM, tidak dapat zakat. Saya kata kalau di N.Sembilan , Baitul Mal akan bantu bukan dalam bentuk kewangan, tetapi perlu buat permohonan khusus contohnya lampin pakai buang, peralatan sokongan perubatan dan sebagainya untuk dipertimbangkan.

Warga emas ini memerlukan 3 lampin pakai buang dewasa setiap hari saiz XL. Harganya ialah RM17.90 untuk 10 lampin. Ini bermakna belanja lampin pakai buang sahaja mencecah RM161.10 sebulan.

Kepada mereka yang boleh membantu keluarga ini, samada untuk menghantar atau menghantar terus melalui pos lampin pakai buang ini ke Kuala Kangsar, sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

SENARAI SEKOLAH PONDOK, TAHFIZ DAN MADRASAH DI N.SEMBILAN

$
0
0
SENARAI SEKOLAH PONDOK, TAHFIZ DAN MADRASAH DI N.SEMBILAN


MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
Alamat : Bongek Acheh , Jalan Rembau-Tampin, Rembau
Hubungi : Ustaz Faizal 013-2300595

MADRASAH AZ ZAKIRIN
Alamat : Kg Padang Besar, Jalan Bongek-Gadong, Chengkau, Rembau
Hubungi : Ustaz Zakaria bin Talib Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129

SEKOLAH TAHFIZ ARABIC AL-GONTORY
(dijangka beroperasi Jan 2016)
Alamat : Kg. Bongek, Jalan Chengkau-Pulau Mampat, Rembau
Hubungi : Ustaz Septian 0132646001

MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel / Fax : 06-6771232

MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN SERI PAGI
Persiaran Senawang 7, Taman Seri Pagi, Senawang

MADRASAH TAHFIZ AS SALIHIN
Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban
Hubungi Ustaz Mohd Salleh bin Hamid 0102207865

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
Hubungi Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

MADRASAH TAHFIZ AL FALAH (MATAF)
(Madrasah Lelaki)
Masjid Lama Pedas Hilir,
Masjid Dr. Haji Mohammad Eusuff Teh
Lot 3303 Kariah Pedas Hilir
71400, Pedas, Rembau
Hubungi Setiausaha/Mudir Madrasah En Azhar Shaharuddin 0122201967

MADRASAH TAHFIZ AL FALAH (MATAF)
(Madrasah Perempuan)
Kampung Sega Hulu, Kampung Sega,
71200 Rantau
Hubungi Setiausaha/Mudir Madrasah En Azhar Shaharuddin 0122201967

MADRASAH TAHFIZ AL QURAN DARUSSYIFA'
Km 7, Seri Repah, 73000 Tampin
Tel : 06-4418359
Hubungi Ustaz Mohd Sufian b Hj Ahmad Shukri Al Hafiz, Tel 019-6854990

PUSAT PENDIDIKAN AL-QURAN AT-TOHIRIAH
No.457, Taman Selasih, Port Dickson

Perkhidmatan Penjagaan Rumah Kampung

$
0
0



Perkhidmatan ini disediakan khusus untuk rumah-rumah sekitar daerah Rembau di mana pemilik rumahnya jarang balik kampung dan memerlukan perkhidmatan penjagaan rumah secara berkala, samada mingguan, bulanan dan seterusnya.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :
 - Memotong rumput
 - Menebas semak samun
 - Penjagaan pokok
 - Penyemburan racun rumpai, anai-anai dsbnya
 - Pembayaran bil utiliti
 - Pembaikan kerosakan kecil

Kadar perkhidmatan? Bergantung kepada saiz rumah, luas halaman rumah, keadaan rumput/semak samun, kemudahan api air dan sebagainya, mingguan, bulanan.

Berminat?

Hubungi 012-2267406 (Rozmal bin Malakan) , sila tinggalkan pesanan melalui whatsapp atau sms jika tidak dapat dihubungi

Hutan Lipur Gunung Pulai, Johor ditutup tiga bulan akibat jangkitan kencing tikus

$
0
0



Waterfall picnic area closed after testing positive for leptospirosis
October 22, 2015

JOHOR BARU: The Gunung Pulai Recreational Forest has been ordered closed to the public for three months after water samples taken from the waterfall tested positive for leptospirosis.

A notice on the closure – under the directive of the Johor Health Department and the State Forestry Department – has been put at the entrance of the recreational forest.

State Health and Environment committee chairman Datuk Ayub Rahmat said it was a precautionary measure to ensure that visitors were not exposed to the bacteria.

He said water samples that tested positive were taken by the Kulai Health Department officers from the picnic and waterfall areas in Gunung Pulai 1 and 2.

He said the lackadaisical attitude of visitors and picnickers who indiscriminately dumped rubbish and leftover food in the recreational area had made the area “a perfect breeding ground for rodents”.

“Although there are notice boards in the area requesting visitors to keep the place clean and not to dump rubbish, they continue to do so,” he said.

Another round of testing will be conducted after three months before any decision on reopening the recreational area is made.

Kulai Municipal Council public relations officer Halim Ridaudin said there were adequate rubbish bins in the area.

“Many take the easy way out by littering, knowing the authorities will clear the rubbish,” he said, adding that the council would assist the contractors to clean the area within these three months.

Gunung Pulai is a 654m high hill near Kulai, and easily reached by the North South Expressway after exiting the Kulai toll plaza.

Rumah dihuni semakin uzur

$
0
0


Rumah dihuni semakin uzur
22 Oktober 2015


REMBAU – Seorang pekerja cuci kereta masih menaruh harapan agar mereka enam sekeluarga dapat memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak lebih lima tahun lalu.

Kamal Mohammad, 49, berkata, rumah yang didiami kini adalah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun.

Menurutnya, sebelum ini, dia menetap di Johor kerana bekerja di sebuah kilang di sana, namun pada 2009, dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung memandangkan kos sara hidup di sana terlalu tinggi.

"Ketika itu, anak sulung saya, Nor Syafiqah, 13, pula perlu jalani rawatan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di hospital kerana ada masalah darah sejak kecil.

"Dengan ekonomi pada masa itu, saya tak mampu untuk terus tinggal di Johor,” katanya di sini, semalam.

Tambah Kamal, dia tidak mempunyai wang simpanan untuk membina sendiri rumah dan terpaksa  tinggal di rumah pusaka itu walaupun keadaannya sangat uzur dan atap di bahagian dapur pula bocor.

Malah, katanya, walaupun rumah itumempunyai tiga buah bilik, namun ia tidak dapat digunakan berikutan papan dindingnya hampir terkopak.

"Dengan pendapatan RM40 sehari, saya perlu sara isteri dan juga empat orang anak yang berusia 4 hingga 13 tahun. Malah, Nor Syafiqah masih lagi menerima rawatan susulan dan 22 September lalu, dia baru saja jalani pembedahan membuang limpa dan hempedu.

"Mujur anak-anak dapat bantuan bulanan persekolahan JKM sebanyak RM300 sebulan. Malah, Nor Syafiqah juga dapat bantuan perubatan Baitulmal empat bulan sekali," katanya.

Justeru itu, kata Kamal, dia sangat berharap supaya pihak berkaitan dapat meluluskan permohonannya dengan segera.


Viewing all 1201 articles
Browse latest View live